Thursday, June 25, 2009

KL Band Comp 2009

KL Comp adalah event yang ditunggu-tunggu setiap tahun oleh sesetengah warga kota Kuala Lumpur. Setiap tahun acara ini diadakan dengan gilang-gemilang. Kebiasaannya KL Comp akan diadakan pada hujung minggu (sabtu malam ahad) di Dataran Merdeka. KL Comp ini menyaksikan pertempuran antara sekolah-sekolah KL dalam acara Marching Band. Antara sekolah-sekolah yang pernah terlibat dalam KL Comp adalah seperti:
..
1. Victoria Institution
2. SMK St. John
3. SMK Convent Bukit Nanas
4. SMP Kuen Cheng
5. SMJK (C) Chong Hwa
6. SMK Jinjang
7. SMK Cochrane
8. SMK Vivikananda
..
Namun pada tahun ini, KL Comp agak berlainan. Tahun 2009 ini mencatatkan perubahan apabila KL Comp diadakan pada hari kerja biasa (weekdays) dan juga tempat yang digunakan adalah di Astaka Titiwangsa. Keadaan luar biasa ini dan ditambah lagi dengan hujan yang turun dengan lebat pada awalnya, tidak sedikitpun menghalang warga kota terutama Die Hard Fans dari setiap sekolah untuk turun beramai-ramai menyokong pasukan sekolah mereka. Sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada para pelajar, malahan guru-guru, ibu bapa, all the ex-es dan juga pekerja atau kerani sekolah turut sama memeriahkan KL Comp saban tahun. Ini adalah spirit yang sangat tinggi yang diangkat oleh sesetengah sekolah seperti VI dan St. John.
..
Sambutan
Sambutan agak menggalakkan (secara amnya) pada tahun ini. Namun penyertaan sekolah-sekolah berkurangan pada tahun ini. Kebiasaannya KL Comp memperlihatkan 6 atau 7 pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran juara dan seterusnya mewakili Kuala Lumpur ke pertandingan di peringkat kebangsaan. Tapi apakan daya, pada tahun ini cuma ada 4 pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran juara. Antara pasukan yang menyertai KL Comp 2009 ialah:
..
1. SMK St. John
2. SMJK (C) Chong Hwa
3. SMK Cochrane
4. SMK Jinjang
..
Manakala sekolah-sekolah seperti VI (yang merupakan juara bertahan saban tahun) tidak menampakkan kelibat. Begitu juga SMK CBN dan SMP Kuen Cheng yang tidak kurang hebatnya juga turut tidak menyertai KL Comp 2009.
..
VI - Tidak Sertai
Umum ketahui VI sememangnya tidak mahu menyertai KL Comp 2009. Ada beberapa kemungkinan yang pasti. Antaranya ialah VICCB sudah pun menyambut ulangtahunnya yang ke-100, maka ingin beri peluang kepada band band lain untuk mewakili KL di peringkat Kebangsaan dan juga VI kini sedang membuat persiapan untuk bertanding di World Marching Competition (WMC) yang akan diadakan di Monza Italy pada 2 Julai nanti. (Good Luck VICCB) dan VI juga turut melibatkan thier ex-es to be into the band playing with the current boys. And thats why they cudnt make it to the local competition. Apa-apa pun ketidakhadiran VI di KL Comp 2009 memberi ruang dan peluang yang mudah utk SMK St. John menjuarai KL Comp dan seterusnya menempatkan diri di Peringkat Kebangsaan. Laluan mudah untuk St. John..!!!!
..
St. John - Mendominasi
Pada tahun ini KL Comp yang diadakan semalam Rabu 24 Jun di Astaka Titiwangsa memperlihatkan saingan yang hanya memuaskan antara band-band yang terlibat. Cuma St. John sahaja yang beria. Seperti yang dijangka, SMK St. John telah mendominasi pertandingan dan persembahan yang dilakukan cukup bersemangat. St. John memperlihatkan uniform baru Hijau Putih mereka yang sangat menarik dan susuan muzik serta colour guards yang digunakan juga mempersonakan. Persembahan St. John pada malam semalam harus dipuji kerana mereka satu-satunya band yang bersemangat serta wujud sifat ingin menang dalam diri mereka. For simple say, St. John did very well and diorg sgt all out smlm.
..
Kehebatan St. John pada malam semalam tidak menafikan band-band yang turut serta juga mempamerkan persembahan yang menarik, cuma overall for other bands like Cochrane and Jinjang hanya mempamerkan persembahan yang sama saban tahun. Tetapi SMJK (C) Chong Hwa menunjukkan peningkatan dari segi bunyi muzik itu sendiri. St. John bernasib baik kerana band-band yang bertanding cuma 4 sahaja dan musuh tradisi St. John iaitu VI tidak menyertai KL Comp pada tahun ini. Dan juga sekolah yang tidak kurang hebatnya iaitu SMP Kuen Cheng juga tidak menyertai KL Comp pada tahun ini. "St. John..Uve been touched by an angel" =)
..
Spirits
Selain daripada persembahan band yang ditunjukkan pada malam itu, saya secara individu kagum dengan spirit yang ada pada para pelajar sekolah yang bertanding. Contohnya SMK Cochrane, Jinjang dan Chong Hwa, walaupun band sekolah mereka tidak sehebat VI, St. John dan Kuen Cheng mahupun CBN, namun spirit untuk memberi sokongan terhadap sekolah mereka sangat tinggi. St. John toksah ckp lahh.. tahun ini adalah tahun mereka kerana saban tahun mereka asyik mendapat tempat kedua atau pun ketiga dibelakang VI dan Kuen Cheng. Jadi tahun ini dimanfaatkan sepenuhnya ruang dan peluang yang ado untuk mereka all-out dan sekaligus merebut takhta juara. All their alumni and ex-es dan juga ibu bapa turun memberi sokongan. Tidak dinafikan fans St. John pada malam semalam sangatlah ramai!!
..
Johannian - All out
Walaubagaimanapun, kehadiran St. John kini dalam KL Comp tidak boleh diperkotak-katikkan. They improved a lot. Sangat kagum dengan persembahan bertenaga oleh mereka semalam. "So VI..watch out!!" St. John sememangnya persaing terapat VI dan Kuen Cheng. Walaupun VI dan Kuen Cheng tidak menyertai KL Comp pada tahun ini, namun persembahan St. John adalah sesuatu yang luar biasa. I bet all victorians yg dtg smlm kagum dgn St. John. Even me and my friends also impressed with St. John except thier Drum Major. Drum Major St. John every year mempamerkan persembahan yang baik, tetapi pada tahun ini DM St. John tidak memuaskan.
..
Acara Selingan
Sementara menunggu keputusan, acara selingan diadakan. Persembahan kawad kaki berirama oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah dari SMK TTDI KL dan persembahan penuh bertenaga dan cukup menarik oleh Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC). VICCB khabarnya dijemput menjadi Guest Band pada malam itu. Namun kelibat mereka tidak kelihatan sehingga keputusan diumumkan.
..
Berikut merupakan keputusan akhir KL Comp 2009;
..
Best Uniform : SMK St. John
Best Drum Major : SMK Cochrane
1st Place : SMK St. John
2nd Place : SMJK (C) Chong Hwa
3rd Place : SMK Cochrane
4th Place : SMK Jinjang
..
St. John merupakan juara baru untuk KL Comp.. Mereka akan mewakili KL untuk peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Johor.
..
p/s: Good luck to Johannian untuk pertandingan diperingkat kebangsaan. Fully support to St. John cause they will represent KL!! Go St. John, Go KL!!
++semua keputusan yang diumumkan sama dgn jangkaan saya setelah tamat kesemua persembahan

No comments:

Post a Comment