Tuesday, June 30, 2009

Kahwin percuma jika berhenti merokok


Sebuah pertubuhan kebajikan di Arab Saudi menawarkan hadiah utama kepada perokok lelaki yang berjaya menghentikan tabiat merokok iaitu pembiayaan majlis perkahwinan.

Tawaran itu menarik minat ratusan perokok lelaki dengan salah seorangnya berkata, dia bersedia berhenti merokok bagi membolehkannya layak untuk memenangi hadiah utama.

Di kebanyakan negara Arab, pengantin lelaki terpaksa membiayai kos majlis perkahwinan, hantaran dan menyediakan sebuah rumah yang dilengkapi dengan perabot.Bagaimanapun, 20 pemenang yang berada di tempat kedua akan diberikan hadiah perabot.

Setiausaha pertubuhan kebajikan itu, Sulaiman al-Soby berkata, dia menjangkakan ribuan perokok akan menyertai pertandingan tersebut yang terhad untuk penduduk yang tinggal di Riyadh.

Sejak 20 Jun lalu, kain rentang diletakkan di beberapa lebuh raya dan jejambat bagi mempromosikan kempen antimerokok di Riyadh termasuk gambar yang menunjukkan satu pasangan pengantin.
.
p/s: kat Malaysia xde ke??? huhu =)

No comments:

Post a Comment