Friday, July 31, 2009

imal pemalas




setelah pulang drpd hantar Adam ke bengkel..
sy dh balik... hoho.. hantar Adam g bengkel..

disbbkan xnk tunggu lama2 di bengkel itu..
saya telah menyuruh salah seorg mekanik disitu utk hantar sy pulang..
petang dh siap, dia akan amik saya balik..
sgtlah pemalas aku ni...

makan makan dan makan

haih.... hari dh smlm aku mkn byk gila...
pagi smlm before g class, mama belikan nasi lemak..
mula-mula x nk makan, tp dh beli makan sajo..

tghhari time lunch aim xnak makan,sbb pagi dh mkn berat2..
si farah plak ajak lunch..ok la..pergi lunch kat mcd..
ingt nk beli air and isap okok je..
tp dh smpi sana..saya beli set bigmac -sekian..

haha...ptg plak smpi umah, teman mama ngn baba mkn..
tp munch munch je..xbyk pun...
mlm plak..dlm kul 11 mlm, baba ajak makan kfc..
aihh..aku, mama dan baba mkn kfc dlm kul 11.30 mlm..

pagi ni plak, mama ajak g tesco..nk beli few things..
lepas dh shopping2, singgah plak Kluang Station utk bfast..
mama order byk gila...adoi..

tghhari plak lunch mama ada beli chicken..
whole bbq and tandoori chicken..
mkn dgn salad..sedap gak ar..
hohoh... =P

so hari ni cam kene diet sket..
mlm x bole mkn byk2...
ptg ni ada swimming class plak..
now baba dh bising suh anta Adam g bengkel..
so nk ciou dh ni... bye.. =)

Sedarkah anda??


Bismillahirrahmanir rahiim.

1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh washing machine adalah kurang dari dua kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis (terdapat air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg bersih pun akan turut menjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukum air mutanajjis)

2. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam terdapat najis di kulitnya dan sekiranya tangan kita basah atau telur itu sendiri basah semasa kita hendak memecahkannya, tangan kita akan turut bernajis. Dan sekiranya sebahagian dari telur tersebut termasuk dalam masakan kita, maka kita turut memakan najis tersebut. (Roti canai telur, anyone?)

3. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa dalam tandas. Dan cara utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan ke selipar kanan. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri. (Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan kaki kita).

4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yg bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci. Kita perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz Ismail Kamus)

5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.

6. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan pernafasan kita perlulah diluar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan minumaan menjadi acidic)

7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz' dalam chat adalah umpama menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti menghina Islam.

Membuka Pintu Rezeki

I got this article through my email. my uncle sent to me. now i would like to share to all of u. Njoy!!

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata...

"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada ) .... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu"

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah ( saperti makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah.
-
Berusaha dan bertawakal

Insya Allah
Allahu Akbar !

Thursday, July 30, 2009

Yasmin buat saya menangis lagi



Saya masih belum melelapkan mata. Sekejap tadi, dalam perjalanan pulang dari hospital, saya menangis teresak-esak.

Saya sudah menangis sebelumnya, tetapi tidak sekuat tadi. Di laman facebook, rata-rata menuliskan Al-Fatihah. Saya seperti disedarkan.

Benar sungguh, Yasmin Ahmad sudah tiada. Sebelum pulang tadi, saya sendiri melihat bagaimana suaminya meratapi ketika jenazah dibawa keluar dari ICU.

Saya pasti apa yang dirasai Tan Yew Leong ketika itu lebih pedih daripada apa yang saya dan yang kita semua rasakan atas kehilangannya.

Yasmin Ahmad bukan saudara kandung saya.

Saya tiada pertalian darah dengannya. Tetapi untuk sekali ini, benarkan saya 'melanggar' sedikit batas profesionalisme perhubungan kami.

Ia bukan sekadar hubungan seorang wartawan dengan seorang karyawan. Izinkan saya bercerita.

Saya mengenali Yasmin sekitar tahun 2004. Saya masih baru bergelar wartawan di KOSMO!.

Sebelum itu, saya hanya membaca tentangnya dan menonton Rabun dalam slot Cerekarama TV3.

Saya ditugaskan menemu ramahnya mengenai filem Sepet yang ketika itu mendapat banyak potongan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia. Yasmin berkeras enggan menayangkannya di pawagam. Pada sesi temu ramah itu, saya disambut ramah dengan seteko air teh.

Bercerita dengannya seperti sudah berpuluh-puluh tahun kenal.

Antara kata-katanya yang masih saya ingat: "Saya buat filem kerana ibu bapa saya. Tak apalah kalau orang tak suka, asalkan orang tua saya bahagia."

Saya kemudian diajak menonton versi asal Sepet di panggung kecil di pejabatnya di Leo Burnett. Saya dibiarkan berseorangan.

Bila filem tamat, Yasmin datang bukakan lampu. Mata saya bengkak. Dia senyum, memeluk saya sambil berkata: "Cengeng!"

Keakraban kami mula tumbuh sejak itu. Apabila Yasmin akhirnya berlembut mahu menayangkan Sepet di pawagam, sayalah orang yang paling kuat mencanangkan kepada rakan-rakan supaya menonton.

Saya sendiri pergi ke panggung tiga kali. Setiap kali ada berita terbaru mengenai Yasmin, sayalah orang yang menulisnya.

Sampai ada yang mempersenda saya 'wartawan residen' Yasmin Ahmad, tetapi saya tidak peduli.

Dan saya juga tidak kisah menerima SMS daripadanya yang selalu datang lewat malam.

Idea-idea yang mahu dikongsinya bersama, rasa syukurnya tentang kemenangannya di festival-festival, mahupun sekelumit kekecewaannya terhadap beberapa pihak yang tidak penat menyakiti.

Dia juga betah mengajak saya ke pejabatnya. Saja-saja datang minum teh, atau makan tengah hari, atau tonton iklan terbaru arahannya, bukan atas dasar kerja (okey ada waktu saya mengaku saya sendiri yang menawarkan diri, tetapi dia tidak pernah berkata tidak).

Sebelum balik, dia akan bekalkan lagu-lagu simpanannya, ada juga lagu dari filem-filemnya seperti Hujan dan Ne Me Quitte Pas.

Waima, ketika saya putus cinta pun, dia menawarkan telinga untuk mendengar.

Satu perkara yang saya belajar daripadanya, dia ada menasihat, tetapi langsung tidak pernah menilai atau menjatuhkan hukuman.

Apatah lagi mengajar untuk membenci dan berdendam.

Sejak Sepet, kemudian Gubra, Mukhsin, Muallaf sampailah ke Talentime, saya antara pengunjung tetap panggung kecil di Leo Burnett itu.

Baru habis penggambaran, baru siap suntingan kasar, saya sudah meminta untuk menonton.

Sekali lagi, permintaan saya tidak pernah dihampakan.

Saya masih ingat, saya sanggup berpanas terik di Tanjung Karang, Selangor untuk meninjau lokasi Mukhsin.

Kalau tentang Yasmin, saya tidak perlu menunggu arahan editor untuk tugasan. Saya yang merelakan diri.

Begitu juga semasa penggambaran filem Muallaf di Ipoh, Perak. Saya masih mahu pergi melaporkan Sharifah Amani membotakkan kepala, walaupun hari itu merupakan hari terakhir saya bertugas di KOSMO!.

Pertengahan bulan Ogos tahun lalu, saya tersenyum macam kerang busuk bila Yasmin menghantar SMS yang tertulis: "Yang, you nak tak berlakon Talentime? Jadi judge, along with Jason Sepet and few others?"

Saya tidak sangka, gurauan lama saya masih dia ingat. Saya tidak kisah jadi pak pacak!

Biar tiada dialog, biar hanya beberapa saat kemunculan di layar, saya berterima kasih, hasrat saya yang mengada-ngada itu ditunaikannya.

Saya pasti, hari ini, bukan ibu bapanya saja yang bahagia menonton filem-filemnya, tetapi kita juga.

Lebih daripada itu, kita akan merindui iklan-iklan hari raya, merdeka, Gong Xi Fa Cai dan segala macam perayaan, hasil sentuhannya.

Yasmin, mampukah kami mencari penggantimu?

Saya pernah menulis perkataan ini semasa mengulas filem Mukshin - Yasmin tidak pernah gagal membuat saya menangis.

Hari ini, Yasmin buat saya menangis lagi. Kali ini bukan kerana filem-filemnya, tetapi kerana dia sudah meninggal dunia.

Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Kami pasti akan merinduimu...

written by Syazwan Zakariah
SYAZWAN ZAKARIAH merupakan bekas wartawan hiburan KOSMO! yang kini bertugas sebagai penyampai dan pengarang hiburan Astro Awani.

Wednesday, July 29, 2009

Mangsa H1N1 di Malaysia

Seorang wanita rakyat Malaysia berumur 20 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) pagi semalam, menjadikannya mangsa keempat yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata wanita itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) selepas meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi semalam.

"Wanita berkenaan mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai, bagaimanapun beliau hanya pergi mendapatkan rawatan selepas sakit selama 11 hari di Hospital Melaka pada 26 Julai.

"Pemeriksaan dan ujian awal mendapati beliau mengidap jangkitan kuman dalam darah yang dijangkiti daripada paru-paru, beliau kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Paparan istimewa "Pewarisan Yasmin Ahmad' di Majalah 3 Ahad ini


MAJALAH 3 Ahad ini tentu sekali akan dinanti-nantikan oleh peminat setia Allahyarhamah Yasmin Ahmad dengan paparan "Pewarisan Yasmin Ahmad."

Sebagai memperingati hasil kerja Yasmin Ahmad, minggu ini Majalah 3 akan mempaparkan satu jam paparan istimewa membabitkan hasil kerja dan karya seperti iklan dan filem di bawah arahannya.

Perginya pembikin filem tulen. Yasmin Ahmad, pengarah tersohor berusia 51 tahun, yang meninggal dunia pada Sabtu 25 Julai jam 11.25 malam, akan tetap diingati, sebagai insan yang sangat kreatif dalam menghasilkan iklan iklan televisyen yang cukup menggamit perasaan serta menghasilkan filem-filem kontemporari.

Majalah 3 turut berjumpa ahli keluarga Yasmin dan menyelami perasaan mereka kehilangan Yasmin yang begitu rapat dengan ibunya, Enom Yon dan kakaknya Datin Orked Ahmad.

Penggambaran juga dijalankan di pejabatnya, Leo Burnett. Program ini turut mendekati beberapa rakan-rakan rapatnya di pejabat dan turut merakamkan di biliknya yang penuh pelbagai cenderamata dan anugerah dimenangi atas kreativitinya,

Majalah 3 juga menemubual beberapa rakan-rakan rapat dalam industri yang diceburi seperti Fatimah Abu Bakar, Othman Hafsham, Azean Idrawaty, Fuad Onah dan Datuk Seri Farid Redzuan dan ramai lagi yang benar-benar rasa kehilangan sahabat yang mempunyai bakat yang luar biasa.

Turut ditemuramah Dato Seri Tony Fernandez, wakil Petronas yang sering menggunakan khidmat Yasmin Ahmad untuk menghasilkan iklan sempena Hari Raya mahupun Kemerdekaan.

Paparan "Pewarisan Yasmin Ahmad", mendekatkan penonton kepada seorang pembikin filem tanaha air yang tulen kerana baginya filem atau iklan satu medium untuk berkongsi idea, cerita dan pengalaman tanpa mengira bangsa dan agama.

28th July 2008

hari ni aku habiskan masa lebih 2 jam di DERRICK&TEAM.
tak tahu kenapa tiba2 aku rasa nk habiskan masa kat salon plak hari ni.
mungkin dh lama bangat agaknya tak buat treatment rambut.
at d 1st place, kenapa DERRICK&TEAM ??
sbb murah dan selalu potong rambut disitu.
ouh yeah, stylist saya disitu namanya Kent.
mmg everytime dtg mintak Kent yg potongkan (thx Kent)
total up bayar utk rambut adalah rm220.
apa je yg si Kent tu buat??
scalp treatment, hair treatment, relaxing dan wash&cut.
esok saya kene puasa (bukan kerana ganti puasa)
tp sbb dh byk abes duit g salon -damn

Petua Imam Syafie - taken from email

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3.. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
Dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.
Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

Monday, July 27, 2009

Latest entry by Yasmin


Posted on 22nd July 2009


Latest posting by Yasmin Ahmad on her blog. It was 5 days ago!!

Ice Age 3 - best !!


heh!! siapa yg dh 'usha' cerita Ice Age??? best kan??!! bagi siapa yang masih lagi belum menonton Ice Age tu, pergi la cepat-cepat dipawagam berhampiran. Rugi xtgk kat cinema sbb cerita dia mmg best!!! xmcm Harry Potter obviously [apakah nak samakan Harry Potter dgn Ice Age?]. cuma terkilan sbb mlm yang nk tgk Harry Potter tu, kitorg ada 2 options. Either Harry Potter atau Ice Age. Voting telah menyebelahi Harry Potter yg x best tu. Hoho.



Banyak kenalan yg suggest supaya tgk Ice Age, so tercapai hajatku nk tgk Ice Age malam Sabtu lepas bersama Along, An, Shafina, Kak Dira and Kak Nurul. Hadi and Kak John x dpt join. Apa-apapun mmg enjoy tgk Ice Age tu. Cuma ada insiden yang x menarik dalam cinema. Ada segerombolan manusia yg dtg lmbt duduk depan kitorg. Bukan itu sahaja, malah mereka turut membuat pencemaran bau di dalam cinema. Kak Dira sampai pening2 dek kerana bau mereka yang dtg mungkin dari negara Pakistan, Iran, Bangla atau tah laa..tp mmg mufik. Keadaan mufik itu tidak sesekali menggagalkan kami utk enjoy tgk cerita Ice Age yg best!!



Abes movie dlm pukul 12.30pagi, kitorg terus ke NZ utk lepak2, mkn2, dan shisha2.. hoho. So next weekend plak mmg dah plan nk tgk movie. Nonton movie mmg aktiviti wajib setiap minggu. Next week plannya nk tgk The Proposal. Tgk mcm best!! Tapi rasanya mmg best pown. So x sabar...ngeeee.. Jam menunjukkan pukul 12.12 pagi. Mata x ngntuk lagi. Mungkin disebabkan ptg td dh tdo. Aih.. k la ppl..nk challo..so long guys..!!!


Sunday, July 26, 2009

DSAI commented on Yasmin Ahmad



Petikan daripada blog DSAI

Perkhabaran mengejutkan diterima lewat malam tadi, apabila sutradara filem tersohor Yasmin Ahmad diberitakan telah kembali ke rahmatullah rentetan serangan angin ahmar beberapa hari lepas.

Kreativiti Allahyarhamah di dalam seni layar nyata sekali sangat membanggakan. Tiada siapa akan lupa setiap iklan pendek arahan beliau yang menghiasi kaca televisyen saat menjelangnya sambutan hari kemerdekaan dan perayaan utama negara saban tahun. Iltizam Allahyarham untuk memupuk perpaduan tulen kalangan masyarakat melalui karya seni yang sinikal ternyata berjaya menaut sanubari masyarakat.

Saya berkesempatan menonton filem arahan Allahyarhamah, Gubra, beberapa tahun yang lepas. Meskipun setiap filem arahan Allahyarhamah agak kontroversial, sebermula Rabun, dan yang terakhir TaleNtime, tetapi masih tidak terlepas daripada kritik sosial yang wajar membuka mata masyarakat akan peri penting perpaduan dan persefahaman menjadi maudhuk utama semua pihak.

Menyantuni perbedaan agama dan bangsa dalam dimensi seni yang menyatukan, Yasmin boleh disifatkan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Sekalung takziah di atas pemergian Allahyarhamah ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya kelak, inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

the one and only Yasmin Ahmad



i just came back from KLCC with my friends. immediately turn on the tv and switch the channel to Astro Awani. "Yasmin Ahmad had passed away" ... then i straight away text my friends and inform them the latest news abt Yasmin Ahmad..

well what can i say, we just lost a great Malaysian named Yasmin Ahmad. Beliau merupakan seorg yg sgt berdedikasi dalam semua kerja yang dilakukan. Karya-karya yang pernah beliau hasilkan sebelum ini sangatlah luar biasa. Sentuhan nilai perpaduan dalam kesemua hasil karya beliau amatlah disanjung tinggi. Walaupun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, namun beliau tetap teruskan perjuangan. Bagi beliau, ia merupakan realiti sebenar yang perlu dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat agar nilai perpaduan terus terpelihara dikalangan masyarakat Malaysia.

Tatkala masyarakat Malaysia amnya yang masih meratapi kematian Raja Pop Dunia, Michael Jackson, kita khususnya pengikut setia Yasmin Ahmad pula sedih dengan pemergian beliau. Recently saya selalu juga melawati blog rasmi beliau, ada beberapa ketika saya memberi komen tentang penulisan dan idea yang diketengahkan dan ia mendapat komen balas yang sangat positif dan jujur daripada beliau sendiri. Nyata individu yang bernama Yasmin Ahmad mmg mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat.

Kita sememangnya kehilangan individu yang sangat kreatif dan berpengaruh dalam industri perfileman khususnya, dan amnya dalam industri pengiklanan. Secara peribadi, saya amat kagum dengan semua hasil karya insan yang bernama Yasmin Ahmad. Tidak pernah terdetik untuk memperlekehkan mahupun mengutuk hasil kerja beliau, malahan memuji dan menyanjung hasil karya yang pernah beliau lakukan. Sepet, Gubra, Mokhsin, Talentime dan terbaru yang masih terus di'banned' oleh sesetengah pihak iaitu Muallaf antara karya agung Yasmin Ahmad yang banyak mengisi unsur-unsur perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

Jelas berita mengenai kesihatan beliau yang tidak stabil akibat serangan angin ahmar Khamis lalu mengejutkan banyak pihak. Karya-karya beliau akan sentiasa diingati. Selepas ini tiada lagi karya atau filem beliau, tiada lagi iklan-iklan Petronas tentang kemerdekaan Malaysia. Itulah yang kita rindukan mengenai beliau. Semoga semangat beliau tidak akan terhenti, malahan dapat diteruskan oleh penggiat-penggiat filem berpotensi yang lain seperti Afdlin Shauki, Mamat Khalid dan lain-lain.

p/s: teringin benar dan menonton filem
Muallaf yang masih lagi di' banned'..sighs! [Al-Fatihah to Yasmin Ahmad]




Saturday, July 25, 2009

Fakta - Mandi

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.


Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Pertolongan Pertama Mangsa Stroke

Pertolongan Pertama Mangsa Stroke

Dengan cara mengeluarkan darah pada Pertolongan Pertama Pada Stroke setiap hujung jari tangan dan hujung daun telinga

Ada satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada orang yang mendapat serangan STROKE. Cara ini selain dapat menyelamatkan nyawa si penderita, juga tidak menimbulkan kesan sampingan apapun.

Pertolongan pertama ini dijamin merupakan pertolongan GAWAT DARURAT yang dapat berhasil 100%.

Sebagaimana diketahui, orang yang mendapat serangan STROKE, seluruh darah di tubuh akan mengalir sangat kencang menuju pembuluh darah di otak. Apabila kegiatan pertolongan diberikan terlambat sedikit saja, maka pembuluh darah pada otak tidak akan kuat menahan aliran darah yang mengalir dengan deras dan akan segera pecah sedikit demi sedikit.

Dalam menghadapi keadaan demikian jangan sampai panik tetapi harus tenang.Si penderita harus tetap berada di tempat asal di mana ia terjatuh (misalnya: di bilik mandi, bilik tidur, atau di mana saja). JANGAN DIPINDAHKAN! !! sebab dengan memindahkan si penderita dari tempat asal akan mempercepat perpecahan pembuluh darah halus di otak.

Penderita harus dibantu mengambil posisi duduk yang baik agar tidak terjatuh lagi, dan pada saat itu pengeluaran darah dapat dilakukan.

Untuk yang terbaik menggunakan JARUM SUNTIK, namun apabila tidak ada, maka JARUM JAHIT / JARUM PENITI dapat diguna dengan terlebih dahuludi sterilkan dengan cara dibakar di atas api.

Sejurus setelah jarum disterilkan, lakukan PENUSUKAN pada 10 HUJUNG JARI TANGAN.Titik penusukan kira-kira 1cm dari hujung kuku. Setiap jari cukup ditusuk 1 kali saja dengan harapan setiap jari mengeluarkan 1 titis darah.

Pengeluaran darah juga dapat dibantu dengan cara dipicit apabila darah ternyata tidak keluar dari ujung jari. Dalam jangka masa kira-kira 10 minit, si penderita akan segera sedar kembali.

Bila mulut si penderita tampak mencong / tidak normal, maka KEDUA DAUN TELINGA si penderita HARUS DITARIK-TARIK sampai berwarna kemerah-merahan.

Setelah itu, lakukanlah 2 KALI PENUSUKAN pada masing-masing HUJUNG BAWAH DAUN TELINGA sehingga darah keluar sebanyak 2 titis dari setiap hujung daun telinga. Dengan demikian dalam beberapa minit bentuk mulut si penderita akan kembali normal.

Setelah keadaan si penderita pulih dan tidak ada kelainan yang berarti, maka bawalah si penderita dengan berhati-hati ke doktor atau hospital terdekat untuk mendapatkan pertolongan lebih lanjut.

Sebagai salah satu cara beramal bakti, sebaiknya e-mail ini disebarkan kepada teman-teman, keluarga dan saudara-mara serta masyarakat, sebab serangan stroke ini boleh berlaku ke atas sesiapa saja, di mana saja dan pada bila-bila masa saja.

p/s: keberkesanan dan kesahihan tidak dapat dijamin. Saya hanya mendapat email ini dan postkan di blog ini.

Saya yg busy

huh.. lama gila x update blog ni.. minggu ni sgt lah bz dgn study and beberapa aktiviti.. last week je abes kelas terus g swimming and afta swimming g gym plak.. hahaha fit x?? cam cibai.. best lepak ngn gang2 sakai Naj, Baby, Farah, Sarah, Anip, Aimi dll... hujung minggu sori la ye, saya akan bersama teman2 lain..

Ni baru je smpi rumah setelah menghabiskan masa 3 jam di Red Box Sogo.. lepas gian.. (padahal baru je pegi aritu).. tapi sori ye Kak Dira, Kak Nurul and Kak Johna xdpt lepak lama sbb kami ada date lain... best lepak ngn si Borhan dan 2 gadis yg baru ku kenal.. Fina and Riza.. kitorg g lunch dekat Nasi Ayam Hailam.. best wooo..

Now nk berehat, mlm nk smbg aktiviti bersama teman2 lain pula. Plan nk tgk The Proposal atau Ice Age yg berzaman nk tgk tp xdpt2 tgk.. n x sabar nk jumpe si Syafina yg dh makin cun skang ni.. Muahahahaha...

Ok chow, nk tdo..... ZZzzZz...

Friday, July 24, 2009

Malaysia lakar sejarah gondol 38 pingat emas di 'Worldstars Road to Hollywood


MALAYSIA melakar sejarah tersendiri apabila merangkul 59 pingat, dengan 38 daripadanya pingat emas, dalam 'Pertandingan Seni Persembahan Dunia 2009 (WCPA)' yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 Julai hingga Ahad lepas.

Kenyataan akhbar Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di sini semalam menyebut Kumpulan Artistana dipilih sebagai Juara Dunia bagi kategori tarian dan memenangi Anugerah Emas peringkat akhir kategori etnik dan kebudayaan rakyat, lagu dan tarian, lirik dan terbuka.

Menurut kenyataan itu pencapaian 38 pingat emas meliputi bidang nyanyian, tarian, peragaan dan muzik itu, melebihi 30 pingat yang disasarkan Malaysia.

"Kejayaan ini membuktikan di mata dunia khususnya di Hollywood bahawa keupayaan dan kredibiliti artis Malaysia dalam bidang seni setaraf dengan peringkat antarabangsa, dan kejayaan ini juga adalah hasil daripada kehebatan para peserta yang dipilih melalui program pertandingan 'Worldstars Road to Hollywood'," menurut kenyataan itu.

Kesemua 22 peserta negara berusia antara 18 dan 30 tahun itu dilatih secara intensif bagi memantapkan lagi mutu persembahan mereka untuk bertanding dengan 27 negara lain.

Penyanyi Siti Sarah Raissudin memenangi Anugerah Emas peringkat akhir kategori vokal terbuka dan kategori duet dengan Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2.

Dua peragawati dan peragawan Siti Nurizana, Dilla Syahirah dan Wilson Tan memenangi kategori kasual.

Bagi peringkat kategori sebanyak 31 pingat emas dimenangi di peringkat juara dunia termasuk Siti Sarah yang memenangi dua pingat emas bagi kategori "World Music" dan R&B/Jazz, Bob empat pingat emas (kategori kontemporari, pop, World Music dan terbuka, serta berduet dalam kategori terbuka dengan Norhasmidar Ahmad yang turut memenangi pingat emas kategori R&B/Jazz.

Raja Farah Raja Ikram, yang memenangi kategori kontemporari turut dijemput pihak penganjur untuk menjadi penyanyi undangan, satu pengiktirafan terhadap bakat dan potensi cemerlang beliau.

Bagi kategori muzik, Tuku'Kame memenangi pingat emas dalam empat kategori iaitu karya asli klasikal, kontemporari dan terbuka manakala Jerry Kamit dalam tiga kategori iaitu karya asli, klasikal, kontemporari dan terbuka.

Untuk kategori peragaan tiga pingat emas disumbangkan oleh Siti Nurizana dan Dilla Syahirah untuk pakaian formal, dan Putri Mardiana untuk kategori terbuka.

Monday, July 20, 2009

untitled - 100th post

Update [last weekend]

My Parents were not around. They went to Langkawi for shopping and honey moon kot. Hoho. So my responsibility to ensure rumah dalam keadaan baik sentiasa. My job adalah angkat kain, basuh pinggan, kemas rumah, masak dan lain-lain. My sister??? hurm..x abes2 gn keje dia. Even lunch pun my brother ask me to cook for them. Dorg xkan suruh my sister masak cause she doesnt even know how to cook..- Great right!! sigh... When my parents are not around, automatically all the kerja mmg jadi kerja aku. Kalau hari2 biasa mmg x kan buat all those stuff - Sbb saya mmg seorang yang sgt pemalas!!!

Even kene buat all those stuff, ia tidak pernah sesekali menghalang utk aku kuar bersuka ria bersama taulan. Sat night kitorg g tgk movie, midnight. Dgn cerita yg bertajuk Skrip 7707 kami bergegas ke KLCC lepas abes Dinner bersama. Sapa yg suggest cerita ini??? ----tettt Along ngn Kak Dira. Dorg yg suggest to watch this movie walhal dorg lah yg paling takut tgk cerita hantu. Adoyaii... Well cerita tu x lah bosan sgt, tp mcm x menarik sgt. Average je. Better than Harry Potter kot. Hoho. -- Harry Potter Banned!


chow!!!!

p/s : tiba2 cam malas nk update!! xde mood ptg2 ni dek kerana bil celcom yg mcm $@%$#% !!

Saturday, July 18, 2009

Harry Potter?? - Banned!!!




"watch 1st then only u know how suck the harry potter and the half blood prince is"

i went out to watch this movie with my friends last nite. it wasnt my idea to watch this movie cause i don't really like harry potter but i'd prefer narnia instead.

we watched this bloody lame movie at times square. amazingly the house was full. ramai gile nk tgk harry potter. come on, ppl's expectation mmg very high for a good movie like this. plus they are dying to know how the Dumbledore is going to die. but unfortunately it was not reach the expectation at all. not even reach the par.upset kan...

dgn keadaan cinema tu yg mcm $#%#^@%^. dh la cerita boring, tgh tgk2 tu monitor blank for abt 3 minutes. semua dh bising nk refund balik the ticket. afta 3 minutes, monitor dh ok balik, tp diteruskan dgn babak lain. Semua cam boikot sbb nk ulang dr yg blank td. Then it took abt 10 mins nk betulkan the damage. meanwhile org ada yg g toilet dan ramai jugak yg terus blah balik. balik sbb tension dgn cinema tu disamping cerita yg sgt suck.

overall this time harry potter mmg suck!!! i can give -5 stars for this movie.

p/s : Harry Potter Banned!!!!!

random

last thursday, habis kelas mcm biasa gi lepak ngn mmbe2 yg sakai lagi bengong... dh abes lepak2 ngn kwn2, jadi aku decide nk balik rumah...

otw nk balik rumah...dekat satu traffic light, aku almost eksiden... (xsure dia langgar aku atau aku yg langgar dia)..hahahaha...

traffic light merah. Then afta turn to hijau, aku dgn pantasnya gerakkan kenderaan dan terus belok ke kiri. I was in the right lane (di lane yg betul). Then tiba2 ada satu motor ni dgn lajunya from my left side terus belok ke kanan. Aku x perasan dengan kehadiran motor itu secara tiba2.. lalu..

Tergesel sikit antara Adam dan motor tu. Nasib baik aku x laju. Dh la perempuan. Nasib baik amoi tu pandai control motornya itu... Hohoho..

Aihhh..risau betul dgn motor2 yg ada kat KL ni. Kadang2 bukan salah kita, kita juga dipersalahkan. Talking abt eksiden, teringat kisah eksiden kat tol seri kembangan yg hampir meragut nyawa kami semua. Nasib baik aku act sgt cool dh terus tsambung tido. Adam agak teruk dibelasah oleh divider jalan. Nasib la kami berempat bertindak pantas menghantar Adam ke bengkel secepat mungkin. Until now mama dan baba x tau akan kejadian itu. hoho

p/s: sayang kat Adam walaupun kadang2 dia meragam.. =)

Friday, July 17, 2009

Menangi RM50k di Era.fm



Bermula 13 Julai ini anda dijemput untuk mendaftar sebagai salah seorang daripada 1000 "keluarga angkat" atau peserta untuk Aznil dan Din Beramboi Riuh Sana Sini!
..
Kami akan menyerahkan 1000 kad "standee" dengan wajah dan badan Aznil dan Din Beramboi (saiz asal mereka) kepada 1000 pendaftar yang telah berjaya mendaftar untuk peraduan ini.
..
Anda haruslah berjanji akan sentiasa bersama "standee" anda di mana sahaja anda berada. Hantar bukti mengikut tema yang akan kami berikan (contoh: Ambil foto dengan kereta Skuad ERA) dan hantarkannya sebagai bukti di halaman yang disediakan di laman web ini. Letaklah juga foto anda itu di
Facebook, Friendster, MySpace, hantar ke suratkhabar, TV...lebih banyak publisiti anda terima, lebih cerah peluang untuk anda menang RM50,000!
..
Bagi yang tidak mendaftar, anda juga boleh menang
WANG TUNAI setiap hari! Anda hanya perlu menjadi PopERAzi kami dengan mencari peserta berdaftar yang ada "standee" Aznil & Din Beramboi, ambil foto bersamanya dan hubungi penyampai bertugas pada waktu peraduan! Anda haruslah memberitahu nombor siri yang ada pada "standee" peserta dan di mana lokasi anda telah berjumpa dengan peserta tersebut. Pada masa yang sama, hantarkan juga gambar tersebut ke laman web kami sebagai bukti. Foto dan penyertaan yang telah disahkan oleh pihak kami akan memenangi wang tunai berjumlah RM100. Sekiranya anda berjaya menembusi talian sewaktu segmen Riuh Pagi ERA, anda sekaligus layak memenangi wang tunai RM250! Mudah bukan?
..
Ayuh, sertai
Aznil & Din Beramboi...
..
p/s: sesiapa yang sanggup ke hulu-hilir dgn replika aznil & din beramboi, silakan..sertai mereka. Bawaklah replika yg gabak tu ke dalam kelas, toilet, movie, pasar malam, klcc, nz, dan tempat2 lain. Selamat mencoba kawan2...50k tu.....!!!

for further info please click here

Madonna

New captured of Madonna. What do you think of her latest capture.
This picture only can be shown to 18>.... =P




p/s: Listen to a snippet of Madonna's new single, Celebrate, produced by Paul Oakenfeld

Thursday, July 16, 2009

Few advices

1 - Answer the phone by LEFT ear.

2 -
Do not drink coffee TWICE a day.

3 -
Do not take pills with COOL water.

4 -
Do not have HUGE meals after 5 p.m.

5 -
Reduce the amount of OILY food you consume.

6 -
Drink more WATER in the morning less at night.

7 -
Keep your distance from hand phone CHARGERS.


8 -
Do not use headphones earphone for LONG period of time.

9 - Best sleeping time is from 10 p.m. at night to 6 a.m. in the morning.

10 -
Do not lay down immediately after taking medicine before sleeping.

11-
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.


Forward
this to those whom you CARE about

Tuesday, July 14, 2009

Kisah hari ini

Sangat bersyukur dan berpuas hati kerana:

1. Dh setel saman dgn Legal Unit. Ada saman yang x clear walhal dah lama setel (bayar).
2. Dpt check result sbb saman dh clear. Alhamdulillah lega sgt.
3. Dpt tukar section subject killer Econometrics frm class 8.30 kepada class 10am.
4. Akhirnya berjaya buat manual add-drop utk subject Fiqh 3 yg demandnya maha byk.
5. Dh setel semua hutang2 uia (mahallah fees) including this sem. Fuh lega!!

p/s: Sem dh start. So far x pernah masuk mana2 kelas lagi sbb nk setelkan perkara2 diatas. Lantas esok dh boleh belajar dgn tenang. Ngeeee...!!!!

Survey from Zura

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU]
1. Ikmal
2. Imal
3. Baby [mmg xbley blah]

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE
1. Sept 20
2. August 31
3. February 5

THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES
1. Perform Asar Prayer
2. Checking FB and e-mails
3. Watching TV with mama

THREE WAYS TO BE HAPPY
1. to be with my family sambil buat lawak kurang pandai
2. lepak with crazy friends disamping mengarut sampai pecah perut
3. to be with Her !!!!!!!!

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE
1. new car
2. gym package selama setahun >
3. belanja shopping

THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES
1. blogging
2. sleeping
3. lepaking

THREE FAVORITE DRINKS
1. watermelon juice
2. fresh milk
3. Goodday Orange

THREE FAVORITE COLORS
1. white
2. black
3. blue

THREE U LOVE SO MUCH
1. being with those ppl who are in the 'three ways to be happy' list
2. eating
3. sleeping

THREE WHO DO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY
1. Borhan
2. Along
3. Anyone who reads this survey

THREE REASONS YOU ANSWER THIS SURVEY
1. I love to do so
2. good idea updating my blog
3. Faiz was expecting me to answer this..so

Sunday, July 12, 2009

My Weekend

Weekend yg penat. Full of activities. The last and final weekend before sem start, jadi kene lah all-out. Haha.

Friday
Pergi Ikea with my parents. We bought some stuff cuz Ikea got Sales. Hoho. Kitorg beli byk gila Currypuff yg sedap tu. 1 dozen and half. (total 18 ketul--whoah)

Saturday
Went out with Along, An, Hadi n Adira.
Mcm2 tempat kitorg pergi
1. TTDI -skateline shop
2. Subang Parade
3. Bangsar
4. Sungei Wang
5. Sri Hartamas
6. Melawati -Bangi Kopitiam

Sunday
++Woke up late -plan nk main skate ngn Along ngn Hadi. Tapi x jd -Damn sleepy
++Lunch yg best disediakan oleh famili (saya terkecuali sbb tdo). We had..
-Nasi Goreng Cina
-Grilled Chicken
-Grilled Fish
-Grilled Beef
-Fruit Salad
-Orange Juice
++ After Zohor, my family and I went to Ikea again to buy some stuff again! -Blame mother of course. Hehe
++Malam: stay at home. Get ready utk pergi sekolah esok. Arghh esok sy dh start sekolah...!! xsuka

p/s: looking 4wrd sbnrnya utk sem ni. InsyaAllah everything will be fine. Amin

Friday, July 10, 2009

Thanks peeps!!


The Circle Of Life



Promoting my friend's blog. She is now doing 'work from home' business. Not exactly a business lar, but it's more to her hobbies recently. She's been promoting her new handmade stuff. Don't order anything yet, she just started. Hehe. Anything you can buzz her at her blog





World Champion VI marching band makes Malaysia proud


Arrival of Victorians at KLIA yesterday
"Welcome Home"

SEPANG July 9 — Victoria Institution’s (VI) marching band has made Malaysia proud by emerging champion at the World Marching Band Championship in Modena, Italy on July 6.

The victory has made VI the first school in the country to come out top in an international marching band championship.

VI principal Azizah Othman said the band secured 1,052 points to defeat the defending champion from Holland which scored 1,039 points.

“With the victory, the VI marching band has brought home a trophy and a certificate,” she told reporters after their arrival at the Kuala Lumpur International Airport here today.

She said the VI band put up a remarkable performance, playing music including the “Puteri Gunung Ledang” movie soundtrack which awed the crowd and judges.

“The concept of the compositions itself was incomparable to that of the other bands in the championship,” she added. Azizah said besides the Dutch marching band, the VI band defeated four other top bands (three fom Italy and one from Ukraine) at the championship.

The VI band is among the top six marching bands in the world and the band was invited by the organiser to participate in the championship after it had passed the benchmark set by the organiser.

Azizah said the band comprised 93 students from Form One to Form Five and had undergone intensive training since January in preparation for the championship.

She said the band’s participation in the championship had been made possible with funding from the government and various private companies.



VI Juara Dunia

Below : Some articles taken from the Newspaper