Thursday, July 2, 2009

Nisfu Sya'ban

Hurm pagi td sempat juga saya mendengar ceramah Ustaz Wan Sohor Bani Leman dicorong radio. Memang tiap-tiap pagi Mama akan bukak channel yg ada ceramah Ustaz Wan Sohor ni. Tapi pagi td x dengar kat rumah, saya dgr dalam kereta on the way hantar kakak pergi keje. Hari ni plak kene hantar kakak sbb biasanya Baba yang hantar. Takpe no biggie pon.
..
Apa yang saya nk share bersama-sama anda yang setia mengikuti blog ini adalah intipati ceramah Ustaz Wan Sohor daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dimana tempat saya sedang menuntut ilmu kini. -Welcome to the Garden Of Knowledge And Virtue!! huhu. Promote sket IIU.. =)
..
Hari ini Ustaz Wan Sohor bercerita mengenai bulan yang memberi manfaat utk semua umat Islam iaitu Bulan Sya'ban. Ustaz mendapat feedback drpd para pendengar untuk memberi sedikit ceramah mengenai keindahan bulan Sya'ban. Fyi, bulan Sya'ban dan bulan Rejab antara bulan yang sgt baik untuk kita buat pahala selain bulan Ramadhan.
..
Ustaz bercerita sedikit mengenai Nisfu Sya'ban bermaksud Separuh Sya'ban. Maknanya half of bulan Sya'ban la iaitu 15 Sya'ban. Pada tarikh 15 Sya'ban iaitu bersamaan dengan 5 Ogos 2009 Rabu (kalau x silap), Allah memerhati semua umatnya dimuka bumi ini. Bermula selepas solat Maghrib Allah akan memerhati semua umatnya yang masih hidup ini. Kata Ustaz, pada saat dan ketika ini, umat Islam digalakkan membuat perkara-perkara sunat seperti membaca Yassin dan sebagainya. Dan pada ketika ini, segala dosa yang telah dilakukan mendapat keampunan Allah S.W.T dengan syarat lakukannya dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.
..
Namun Allah meletakkan 2 syarat kepada si pelaku agar perbuatanya diterima oleh Allah.
..
1. Org Islam yakni Muslim. (tidak beragama lain selain Islam yang Satu)
2. Org yang tidak mempunyai hasad dengki kepada saudara yang lain. Yakni org yang suka memecahbelahkan kaum, sahabat, kenalan dan mereka yang sering berhasad dengki dan mengajak manusia lain untuk membenci org lain.
..
Kedua-dua syarat yang ditetapkan oleh Allah ini haruslah dititikberatkan oleh semua Muslim. Syarat yang pertama sah sah la mesti Islam. Yang kedua ini byk diabaikan oleh umat Islam sendiri malah masih dipraktikkan oleh sesetengah manusia yang mempunyai hati yang Hitam. Jadi saya menyeru kepada anda semua juga diri saya agar mengunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin. InsyaAllah akan mendapat keberkatan oleyNya. Amin.

No comments:

Post a Comment