Sunday, July 26, 2009

the one and only Yasmin Ahmad



i just came back from KLCC with my friends. immediately turn on the tv and switch the channel to Astro Awani. "Yasmin Ahmad had passed away" ... then i straight away text my friends and inform them the latest news abt Yasmin Ahmad..

well what can i say, we just lost a great Malaysian named Yasmin Ahmad. Beliau merupakan seorg yg sgt berdedikasi dalam semua kerja yang dilakukan. Karya-karya yang pernah beliau hasilkan sebelum ini sangatlah luar biasa. Sentuhan nilai perpaduan dalam kesemua hasil karya beliau amatlah disanjung tinggi. Walaupun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, namun beliau tetap teruskan perjuangan. Bagi beliau, ia merupakan realiti sebenar yang perlu dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat agar nilai perpaduan terus terpelihara dikalangan masyarakat Malaysia.

Tatkala masyarakat Malaysia amnya yang masih meratapi kematian Raja Pop Dunia, Michael Jackson, kita khususnya pengikut setia Yasmin Ahmad pula sedih dengan pemergian beliau. Recently saya selalu juga melawati blog rasmi beliau, ada beberapa ketika saya memberi komen tentang penulisan dan idea yang diketengahkan dan ia mendapat komen balas yang sangat positif dan jujur daripada beliau sendiri. Nyata individu yang bernama Yasmin Ahmad mmg mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat.

Kita sememangnya kehilangan individu yang sangat kreatif dan berpengaruh dalam industri perfileman khususnya, dan amnya dalam industri pengiklanan. Secara peribadi, saya amat kagum dengan semua hasil karya insan yang bernama Yasmin Ahmad. Tidak pernah terdetik untuk memperlekehkan mahupun mengutuk hasil kerja beliau, malahan memuji dan menyanjung hasil karya yang pernah beliau lakukan. Sepet, Gubra, Mokhsin, Talentime dan terbaru yang masih terus di'banned' oleh sesetengah pihak iaitu Muallaf antara karya agung Yasmin Ahmad yang banyak mengisi unsur-unsur perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

Jelas berita mengenai kesihatan beliau yang tidak stabil akibat serangan angin ahmar Khamis lalu mengejutkan banyak pihak. Karya-karya beliau akan sentiasa diingati. Selepas ini tiada lagi karya atau filem beliau, tiada lagi iklan-iklan Petronas tentang kemerdekaan Malaysia. Itulah yang kita rindukan mengenai beliau. Semoga semangat beliau tidak akan terhenti, malahan dapat diteruskan oleh penggiat-penggiat filem berpotensi yang lain seperti Afdlin Shauki, Mamat Khalid dan lain-lain.

p/s: teringin benar dan menonton filem
Muallaf yang masih lagi di' banned'..sighs! [Al-Fatihah to Yasmin Ahmad]




3 comments:

  1. yes sister...sedih kenapa?? yasmin ahmad ke?? well same lar.. this time lg terasa drpd mj.. sbb sy ngn mj sedara jauh...so xsedih sgt.. =)

    ReplyDelete