Friday, July 3, 2009

Rayuan RTM kepada TV swasta

Sukar untuk menafikan bahawa Bintang RTM merupakan suatu pertandingan berprestij dalam melahirkan ramai penyanyi pelapis yang berwibawa dan mampu bertahan lama dalam persada seni suara tanah air sejak 35 tahun lalu.
..
Namun apa yang berlaku kini adalah bintang kelahiran RTM seolah-olah di'anak tiri'kan oleh stesen-stesen Tv swasta. Bintang-bintang realiti tv kelahiran stesen televisyen swasta sangatlah mendapat perhatian media cetak dan juga media eletronik. Mereka ini juga mudah mendapat perhatian dihati masyarakat Malaysia jika dibandingkan dengan bintang kelahiran RTM.
..
Walaupun ada suara-suara yang berpendapat bahawa bintang-bintang 'mee segera' ini tidaklah sehebat mana, namun jolokan dan publisiti yang diberikan oleh media lebih membuak-buak. Bintang kelahiran RTM pada dahulunya lebih mendapat perhatian umum seperti Dato' Siti Nurhaliza dan Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad.
..
Namun sejak kebelakangan ini, bintang-bintang kelahiran RTM tidak mendapat perhatian umum. Dimanakah silapnya hal ini daripada terus berlaku? Adakah disebabkan rancangan Bintang RTM ini sudah mula 'suam-suam kuku', atau kualitinya juga tidak sehebat bintang realiti tv kelahiran stesen swasta yang lain? Jawapan ditangan anda..
..

Petikan daripada Utusan Malaysia


Ihsan daripada Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment