Friday, July 17, 2009

Menangi RM50k di Era.fm



Bermula 13 Julai ini anda dijemput untuk mendaftar sebagai salah seorang daripada 1000 "keluarga angkat" atau peserta untuk Aznil dan Din Beramboi Riuh Sana Sini!
..
Kami akan menyerahkan 1000 kad "standee" dengan wajah dan badan Aznil dan Din Beramboi (saiz asal mereka) kepada 1000 pendaftar yang telah berjaya mendaftar untuk peraduan ini.
..
Anda haruslah berjanji akan sentiasa bersama "standee" anda di mana sahaja anda berada. Hantar bukti mengikut tema yang akan kami berikan (contoh: Ambil foto dengan kereta Skuad ERA) dan hantarkannya sebagai bukti di halaman yang disediakan di laman web ini. Letaklah juga foto anda itu di
Facebook, Friendster, MySpace, hantar ke suratkhabar, TV...lebih banyak publisiti anda terima, lebih cerah peluang untuk anda menang RM50,000!
..
Bagi yang tidak mendaftar, anda juga boleh menang
WANG TUNAI setiap hari! Anda hanya perlu menjadi PopERAzi kami dengan mencari peserta berdaftar yang ada "standee" Aznil & Din Beramboi, ambil foto bersamanya dan hubungi penyampai bertugas pada waktu peraduan! Anda haruslah memberitahu nombor siri yang ada pada "standee" peserta dan di mana lokasi anda telah berjumpa dengan peserta tersebut. Pada masa yang sama, hantarkan juga gambar tersebut ke laman web kami sebagai bukti. Foto dan penyertaan yang telah disahkan oleh pihak kami akan memenangi wang tunai berjumlah RM100. Sekiranya anda berjaya menembusi talian sewaktu segmen Riuh Pagi ERA, anda sekaligus layak memenangi wang tunai RM250! Mudah bukan?
..
Ayuh, sertai
Aznil & Din Beramboi...
..
p/s: sesiapa yang sanggup ke hulu-hilir dgn replika aznil & din beramboi, silakan..sertai mereka. Bawaklah replika yg gabak tu ke dalam kelas, toilet, movie, pasar malam, klcc, nz, dan tempat2 lain. Selamat mencoba kawan2...50k tu.....!!!

for further info please click here

No comments:

Post a Comment