Saturday, June 13, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Saya terpanggil untuk membuat satu penulisan tentang bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu setelah melawat blog Aznil Haji Nawawi dan juga blog seorang pengacara yang tidak kurang hebatnya di Malaysia. Ketara kedua-dua blog ini memaparkan isu-isu yang jauh bezanya. Bukan setakat isu yang diketengahkan, malah isi serta bahasa yang digunakan dalam blog sesetengah individu agak tidak bersesuaian untuk tatapan umum. "Blog aku, aku punya pasallah" - ini merupakan alasan atau self-defense mereka terhadap masyarakat yang cuba mencemuh blog mereka.
..
Bukan setakat artis sahaja yang 'menceriakan' blog mereka dengan kata-kata kesat, malahan ada juga di antara kita yang menjadikan blog untuk melepaskan geram kepada seseorang individu. Tak salah nak melepaskan geram anda melalui blog, tetapi biar kene dengan tempat dan isunya. Bahasa yang digunakan kene lah betul dan sopan. Saya tidak bercakap tentang kesalahan tatabahasa atau ejaan, tetapi penggunaan ayat-ayat yang memaki hamun dan mencarut amatlah tidak sesuai (peringatan kepada diri sendiri juga). Pokoknya terpulang kepada individu itu sendiri. Bukan niat untuk menghentam mana-mana pihak tetapi inilah realitinya. Back to "Human's Right" and "Freedom of Speech".
..
Berbalik kepada lawatan hinggap seketika di blog Aznil Haji Nawawi atau lebih disenangi dengan panggilan Paknil, ingin saya memberi respon sedikit atas motivasi yang pernah diadakan pada April lalu. Paknil merupakan salah seorang contoh terbaik dikalangan artis yang memperjuangkan bahasa kita. Pada 21 April 2009 yang lalu, Paknil telah dijemput hadir ke Victoria Institution untuk memberi sedikit motivasi kepada penuntut VI betapa pentingnya kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu kita. Dalam ceramahnya di VI itu, Paknil dipertanggungjawabkan mengingatkan anak bangsa betapa pentingnya bahasa melayu di samping Bahasa Inggeris untuk dipertahankan.
..
"Sempena dengan Bulan Bahasa (April), Paknil rasa terpanggil untuk membawa anak-anak Paknil kembali ke zaman Paknil mula bersekolah 40 tahun dahulu. Paknil turut ingatkan mereka bahawa kepakaran berbahasa ini diasah dengan aktiviti seperti berpantun, bersajak, berlakon, bersyair, berpidato dan berbahas" - Aznil Haji Nawawi
..
Berikut merupakan sedikit corat-coret Paknil di Victoria Institution Kuala Lumpur.

Ketibaan Paknil ke Victoria Institution Kuala Lumpur

Datin Maimun (bertudung putih) selaku individu yang bertanggungjawab memartabatkan bahasa di VI turut menyambut kedatangan Paknil

Kehadiran Paknil disambut hebat oleh warga VI

Barisan Jemaah PIBG VI turut memberi sokongan padu

Gelagat Paknil ketika berceramah

Penguasaan pentas (dewan) yang bagus oleh seorang peceramah

Usikkan Paknil kepada pelajar

Penuh keyakinan dan 'slumber'. Cayalah Paknil!!

Memberi tumpuan kepada seorang peceramah yang 'best' seperti Paknil

Izul (anak buah Paknil juga merupakan penuntut VI )

Heh, Izul merupakan junior saya di VI dan juga anak murid saya ketika saya berkhidmat sebagai Guru ganti. Heh Izul sorry erk nk credit gak.Haha. FYI anak buah Azwan Ali juga merupakan classmate kepada Izul ketika saya mengajar mereka di VI. Betul tak Amer?? Hoho

Penghargaan pihak VI kepada Paknil

p/s: Jadikan blog sebagai saluran yang betul untuk meng'ekspresi'kan luahan anda. Maaf andai entry ini mengguris hati mana-mana pihak. Special thanks to Aznil Haji Nawawi.

No comments:

Post a Comment