Monday, August 3, 2009

Kita 1 Malaysia (Part 1)

Sighss... Malaysia kini mcm dh jadi negara luar seperti Indonesia, Thailand, Philipines etc oleh kerana perhimpunan haram/halal (mengikut definisi masing2).

Baru-baru ni ada lagi satu perhimpunan berkenaan dengan ISA. Apa itu ISA sila baca entri sebelum ini. Perhimpunan antara puak Anti-ISA dan puak Pro-ISA. Tak kisah lah mana-mana puak pun, yang penting Pakcik Isa seluruh Malaysia, dah makin glemer dek kerana nama mereka disebut2 dlm tv mahupun di dada-dada akhbar (akhbar yg ni bukan nama org, nnt jadi lucah).

Tah lah, saya ada pandangan individu mengenai perhimpunan yang dibuat oleh mereka2 yang tidak berpuas hati ni. Mmg ada pro and cons nya. Tapi tu lah, masing2 ada rights kan. Based on my observation ni adalah pro and cons nya...

Drawbacks
1. Menyusahkan orang ramai - traffic jam
2. Warga kota dinasihati utk tidak keluar ke KL.
3. Terbantut segala plan dihujung minggu
4. Peniaga-peniaga kecil terpaksa tutup kedai.
5. Terbantut sumber rezeki org lain -peniaga jalanan
6. Org awam yg tidak bersalah terkene tempias
7. Memburukkan nama Malaysia di mata dunia
8. Sekat keyakinan pelabur asing ke Malaysia
9. Ekonomi menjunam-kesan kalau drag bnde ni berminggu2
10. Dan byk lagi yang boleh difikir sendiri oleh anda.

Pro(s)
1. Come on, its hak rakyat nk bersuara, apa masalahnya bagi permit utk mereka buat perhimpunan secara aman di stadium atau tempat2 yang tak menyusahkan org ramai.
2. Contoh perhimpunan yang diberi permit seperti Peace War dan lain-lain. Perhimpunan Mat Rempit se-Malaysia boleh plak approve walhal mendatangkan kesan negatif.
3. Jgn jadikan perhimpunan ini sebagai satu isu politik yg besar (walhal benar isu politik). maksudnya jgn menidakkan hak pembangkang nk bersuara. Kata demokrasi (demokrasi terpimpin mcm Abdul Wahib ke??)
4. Jangan menidakkan Hak Bersuara. Kalau rasa bende tu betul (ISA), toksah lah takut, bagi je lah permit. Berhimpun secara aman.
5. Sekalipun bagi permit, dan mereka boleh berkumpul secara aman, in the end keputusan ditangan kerajaan jugak. Biar mereka dengan angan-angan mereka nk mansuhkan ISA lah, tubuh kerajaan baru lah. Jadi janganlah takut nk bagi permit (takut kerana terancam???-mungkin!).
5. Bila dh bagi permit, InsyaAllah masalah-masalah diatas dapat diatasi.

Ini semua pandangan individu saya sebagai rakyat Malaysia. Dan ramai juga yang bersetuju dengan pandangan saya ni. Apa yang diharapkan, kerajaan Malaysia diminta lebih telus dalam pentadbiran. Dan kepada pembangkang, jgn get too excited and carried away. Tetap kan pendirian anda. Parti pakatan sendiri (KeAdilan, Pas dan DAP) pun bercakar sama sendiri.

Akhir kata, peace no war. Peliharalah Malaysia kita yang dicintai. Musuh kita bukan diluar sana, tetapi ada di kalangan kita sendiri. Jangan gadaikan maruah Bangsa kita. Kita 1 Malaysia!!!

tambahan : bayangkan lebih beribu warga Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India berkumpul utk menyuarakan pandangan mereka. Dimana keperihatinan pemimpin kita?? (saluran pandangan dan bantahan rakyat melalui wakil mereka yakni wakil rakyat ke pemimpin atasan kini umpama mencurah air didaun keladi)

3 comments:

  1. Banyak betul orang comment kan pasal perhimpunan tuh. Kita baru sehari plan tak menjadi semua dah bising sana sini.Sehari jam terkurung dalam kereta pun dah bising.

    Macam mana pulak keluarga yang ada ahli keluarga mereka dalam ISA? Bertahun2 pulak tuh kan.. Kita nih dah biasa senang, susah sikit mengeluh, sumpah seranah.



    Tuh lah kadang2 kita tak rasa apa yang derng rasa, cara tuh jer lah derang nak luahkan.Kita tau cakap jer, derang buat bende tak fikir orang. Tp kita tak pernah fikir or rasa apa yang derang rasa.. fikir2kan.. ;)

    Konlusinya, didik2lah diri banyak bersabar supaya bila ujian yang lebih berat datang, kita tau utk bersabar, bukan sebaliknya komen sana sini..

    ReplyDelete
  2. Something worth sharing:

    http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2009/08/01/dari-sayu-matamu-dari-paling-wajahmu/#more-680

    :)

    ReplyDelete
  3. thx for d comments kalam sepi... wonder who is kalam sepi... ena ke??? hurm..xde blog?? (rasanya pernah baca blog ena dulu)

    ReplyDelete