Monday, August 3, 2009

Kita 1 Malaysia (Part 2)


Setuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir. Tak perlu membuat demonstrasi jalanan. Seolah-olah rakyat dipergunakan oleh sesetengah individu atas kepentingan politik.
..
Namun sejauh mana definisi 'rakyat dipergunakan atas kepentingan politik' ini boleh digunapakai, walhal rakyat sendiri boleh berfikir dengan waras.
..
Dan apa ya cara lain yang boleh digunapakai untuk menjayakan sesuatu perjuangan sedangkan hak bersuara dan demokrasi di Malaysia diperlekehkan??



Benar kata PM yang memperjuangkan konsep 1 Malaysia. Demonstrasi ini sangat menyusahkan awam. Apa kata anda diluar sana yang anti-kerajaan buat perhimpunan kat stadium yang tidak mengganggu-gugat keselamatan awam.
..
Namun apa kata PDRM?? (permit masih lagi diperlukan. Takde permit mana-mana perhimpunan pun tidak boleh diadakan)
..
p/s: Moral of the story, fikirlah panjang-panjang. Saya rasa kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya rasa bersyukur kerana Malaysia hidup aman dan damai. Jangan disebabkan beberapa individu yang kononnya berpengaruh itu, kita hidup porak-peranda seperti negara lain. Bersyukur apa yang ada. Percaya dengan pucuk pimpinan kita yang sedia ada! Love Peace No War!!

No comments:

Post a Comment