Tuesday, August 4, 2009

Selingan -Teka teki

Bagi merehatkan diri anda yang setia membaca blog ini dengan entri-entri berbaur politik kebelakangan ini, mari saya relakskan minda anda dengan beberapa teka-teki. Enjoy ye!!

Soalannya:-

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

..
..
..
..
..
..
..
..
..

ini jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

p/s: atleast dpt rehatkan minda anda yang berkecamuk dek kerana isu politik, isu cinta [gaduh atau sentap sama bf/gf], tensi kerja, tensi belajar dll.. weheeeeeeee...!!!!

No comments:

Post a Comment