Kenapa ISA wajar dimansuhkan? ISA bercanggah dengan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tidak ada seorang pun boleh dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang. Tambahan, seseorang yang ditangkap, walaupun menurut undang2, dia MESTI dibawa ke hadapan Mahkamah dalam masa 24 jam. Dia juga MESTI dibenarkan berunding dan dibela oleh peguamnya serta merta. Hal-hal ini tidak berlaku apabila seseorang itu ditahan di bawah ISA. Maka, ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Di negara kita, undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Persekutuan. Jika terdapat mana-mana undang2 yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, ia adalah 'ultra vires' dan tak sepatutnya digunapakai.
Apakah debat atau penyangkalan yang selalu digunapakai oleh pihak2 pro-ISA bila ISA dikatakan tidak menurut Perlembagaan Persekutuan? pihak2 pro-ISA akan merujuk kepada artikel 149 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa artikel 5 tidak terpakai apabila terdapat situasi seperti berikut- terdapat kumpulan besar orang yang menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta atau menyebabkan orang ramai takut terhadap keganasan itu; membangkitkan perasaan tidak setia terhadap YDPA atau mana2 kerajaan di dalam persekutuan; menggalakkan perkauman; memudaratkan penyenggaraan atau perkhidmatan awam; dan memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam.
Akan tetapi, aku kurang bersetuju dengan pemakaian artikel di atas jika tiada bukti kukuh yang boleh mensabitkan seseorang dengan keadaan yang didakwa. Maka, kita harus berbalik kepada isu membawa seseorang itu untuk dibicarakan dengan adil di Mahkamah dan bukan ditahan tanpa bicara selama bertahun2, kemudian dilepaskan begitu sahaja!
Kenapa ISA sering dikaitkan dengan pencabulan hak asasi manusia? Kerana Artikel 5-11 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia memperuntukkan bahawa seseorang itu tidak boleh diseksa, didera dan menerima layanan yang tidak berperikemanusiaan; semua orang adalah sama tanpa ada diskriminasi dari segi layanan undang-undang; tidak ada sesiapa pun yang boleh ditangkap, ditahan atau dibuang sewenang-wenangnya; sekiranya didakwa atas tuduhan jenayah, seseorang berhak dibicarakan di Mahkamah secara adil; dan seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah menurut undang-undang. Tapi biasalah, kat Malaysia ni, tangkap dan tahan dulu, baru siasat.
Adakah benar ISA atau undang2 seumpamanya digunakan untuk membendung keganasan dan komunis? Mungkin masa kita belum lahir lagi kot? Itupon belum tentu digunakan dengan sebaiknya... tak caya cuba tonton 10 Tahun Sebelum Merdeka. Pada masakini, ISA banyak digunakan untuk tujuan politik. Kebanyakan tahanan adalah aktivis politik. Ganas ke? Malah, ada juga penahanan yang tidak masuk akal kerana terdapat undang2 sediaada yang boleh digunakan seperti menahan orang yang tak punya kad pengenalan (Akta Pendaftaran Negara dan Akta Imigrasi kan ada???) atau kesalahan pemalsuan kad (Kanun Keseksaan untuk jenayah kan ada???) atau menyimpan senjata api (Akta Senjata Api dan Kanun Keseksaan kan ada??)
Apa yang boleh dilakukan supaya ISA dimansuhkan? Korang boleh bantu memberi desakan kepada kerajaan persekutuan dan parlimen melalui kempen, forum, penulisan, terlibat dalam proses undang-undang (kalau anda loyar), demonstrasi (ehem), memberi kesedaran kepada kawan-kawan dan macam2 lagi. Susah-susah, korang jadi je sukarelawan GMI.
Apakah GMI? GMI ialah singkatan bagi Gerakan Mansuhkan ISA. Ia terdiri daripada 83 buah organisasi badan-badan bukan kerajaan, badan-badan hak asasi manusia, parti-parti, kesatuan pekerja, pergerakan pelajar dan wanita.
Sejak bila GMI ditubuhkan dan untuk apa? GMI ditubuhkan pada 2001 dan objektifnya adalah untuk mendesak pemansuhan ISA dan pembebasan kesemua tahanan-tahanan ISA.
Adakah acara terdekat yang boleh disertai untuk membantu desakan memansuhkan ISA? Eheheheheheheheheh
credited to sis Puspa Rosman

hi there, warm greeting from Bali ^^!
ReplyDeleteyup...hehe...gi tk kmrin mnsuh isa...
ReplyDelete