DI sebalik kehebatan filem dan iklan hasil kreativiti Allahyarham Yasmin Ahmad, mungkin ramai tidak mengetahui ibunya Mak Inom merupakan 'tangan tersembunyi' yang menjayakan buah tangan pengarah tersohor itu.
Sebelum lampu hijau diberikan, Allahyarhamah akan menjemput ibu bapanya untuk "edit" hasil kerjanya dan arwah akan menuruti nasihat serta arahan.
Bagi Allahyarham Yasmin, individu yang paling layak menduduki kerusi sutradara itu hanyalah bonda tercintanya.
"Ehh... Kerusi director itu emak duduk," kata Mak Inom dalam satu temuramah eksklusif di rumahnya di Subang Jaya Sabtu lalu.
Menurut Mak Inom, anak kesayangannya itu tidak akan teragak-agak untuk menukar skrip filem dan iklan mengikut kemahuannya.
"Misalnya, iklan komersil Petronas berjudul 'Tan Hong Ming falls in love', saya tengok dan memberi komen..
"Lantas, Yasmin memberitahu produsernya agar memasukkan elemen yang dikomen berdasarkan petua emak," kata Mak Inom.
Masih terngiang-ngiang di kepala ibu kepada sutradara terkenal ini akan berkata, "My mother said cannot, please change (Mak saya kata tidak boleh, tolong tukar)."
Bagi Mak Inom, Yasmin adalah anak mithali dan satu dalam sejuta. Bak kata orang tua-tua, sejuk perut ibu mengandung. Arwah seorang anak yang begitu taat dengan perintah ibu bapanya dan juga tidak pernah ingkar dengan agama.
Bergenang air mata Mak Inom saat terkenangkan arwah. Terlalu banyak memori yang disimpan rapi dalam benak Mak Inom. Sukar untuk menyelami hati seorang ibu yang remuk kerana terlalu rindu dengan anak yang tersayang.
Kata-kata hanya dapat meluahkan rasa hati, selebihnya hanya Mak Inom saja dapat rasakan.
Terasa sayu, bila Mak Inom memecah keheningan dengan berkata arwah anaknya telah mempelawanya untuk membuat penggambaran di sebuah ladang di Jepun, Oktober ini.
Sebaik, kata-kata ditutur, deras airmata mengalir....
Adik Allahyarham Yasmin, Muzaffar Shah pula berkata, mereka sekeluarga tidak perlu pergi ke pawagam untuk menonton filem.
"Buat apa tengok wayang di pawagam. Sebelum masa edit pun, Kak Yasmin dah tunjukkan," katanya.
Dalam setiap filem arwah, arwah akan menyelitkan nama keluarganya seperti Orked dalam filem 'Sepet' malah filem 'Rabun' diinspirasikan oleh ibu bapanya.
Arwah sememangnya sangat rapat dengan keluarganya. Apa saja yang dilakukannya tidak pernah membelakangkan keluarga.
"Saya rasa semua ini adalah kerana kami membesarkan Yasmin dengan penuh kasih sayang.
"Misalnya bila dia nak balik, dia akan bergurau dengan menunjukkan muka nakalnya," kata ayah Yasmin, Pak Ahmad yang jelas begitu merindui anak kesayangannya itu.
p/s: ya saya salah seorg peminat Yasmin Ahmad =)

No comments:
Post a Comment