Sedang asyik diri ini membuat kerja pembersihan laptop yakni mengemaskini semua data-data dan segala bentuk fail di dalam laptop ini, terjumpa beberapa keping gambar yang ingin dikongsi bersama anda.
Tahun 2005 mencatatkan sejarah apabila diriku dipilih mewakili para pelajar untuk menjalani sesi temu bual bersama Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Rangka lawatan Tun ke Victoria Institution adalah bagi merasmikan sudut pidato di VI dan juga menjayakan program yang diberi nama Bicara Tokoh.
Sesi temu bual Tun disertai oleh 3 rakan yang lain iaitu dari bangsa Cina, bangsa India dan seorg gadis yang mewakili kaum minoriti perempuan di VI. Manakala saya pula mewakili bangsa Melayu.
Sememangnya pemilihan ini sepatutnya dikalangan 'True Vic' yakni mereka yang menuntut di VI daripada tingkatan 1 diberi penghormatan utk menemubual Tun. Tetapi saya bukan 'True Vic'. Namun pengalaman selama 2 tahun di VI menjanjikan yang terbaik buat diri ini, dan kata mereka (pihak atasan VI) awak layak untuk menerima menghormatan ini.

Pada mulanya saya dipilih untuk berpidato dihadapan Tun, namun rancangan itu ditukar 2 hari sebelum kedatangan Tun ke VI. "You have to interview Tun" kata Datin Maimun. Persembahan berpidato dihadapan Tun diberi kepada pelajar junior. Saya akur.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sesi interview bersama Tun berjalan dgn baik sekali. Perasaan degup dan berdebar itu biasa kerana ianya adalah Tun. Seorg pemimpin yang disegani seluruh dunia.
Penghargaan
Perhargaan yang diberi oleh VI amat dihargai. Sebab itu kenapa org tanya "You are not True Vic, kenapa tinggi sgt spirit VI"... alasan pengalaman saya lebih drpd seorg 'True Vic' yang biasa dan normal.
VI mencatatkan sejarah apabila muncul Johan Pidato yang sememangnya tidak pernah dicapai sebelum ini. Saya adalah pelopornya. Dan Alhamdulillah kesemua 3 pertandingan yang saya masuk sepanjang 2 tahun di VI, membuahkan hasil kerana semuanya Johan!
1. Pertandingan Koir - Johan
2. Pertandingan Forum Remaja - Johan
3. Pertandingan Pidato LHDN - Johan
Akhir tahun, saya dianugerahkan sebagai Tokoh Pelajar Budiman yang juga sememangnya wajar diberi kepada True Vic. Namun apakan daya, nasib menyebelahi saya. Saya sering dipanggil dan diberi layanan baik oleh Datin Maimun yang merupakan guru paling senior dan berpengaruh di VI.
Langkah saya tidak terhenti apabila tamat sekolah. Dipanggil menjadi coach kepada junior dalam pertandingan forum, debat, pidato, koir dan sebagainya. Dan juga saya dipanggil utk menjadi guru ganti di VI oleh Datin Maimun.
Pengalaman di Vi bukan sekadar pelajar biasa, namun juga sebagai pendidik di VI. Ditempatkan di bilik guru bersama para guru yang lain, duduk dibarisan guru-guru ketika perhimpuan pagi rasanya amat beza dan kekok. Alhamdulillah itu semua rezeki daripadaNya.
Tidak cukup setakat itu, semasa saya di tahun pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, saya mendapat panggilan daripada Datin Maimun. Datin Maimun cuba mendapatkan saya untuk memberi 'talk' kepada pelajar atau lebih mesra dipanggil junior2 di VI semperna Hari Kemerdekaan. Hasrat Datin Maimun terpaksa ditolak kerana masa tidak menyebalahi, ada final exam ketika itu.
Begitulah sedikit corat coret sepanjang 2 tahun di VI. Kalau nak ikutkan lagi byk. Cukup sekadar ini. Salam~
Nota Kaki: True Vic or True Victorian adalah pelajar yang menuntut di VI daripada form 1 sehingga form 5/form 6
Galeri Photo
1. Pertandingan Forum Remaja Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dari kiri: Anas, Ikmal, Azlan dan Marissa
2. Pertandingan Pidato LHDN
3. Temu bual esklusif bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad
4. Bersama Datin Maimun
p.s: Entri kali ini hanyalah sekadar berkongsi cerita dan pengalaman. =)

No comments:
Post a Comment