Kisah tahanan kapal Mavi Marmara mendapat sambutan.
Isu Palestin - Israel kian hangat diseluruh dunia
Rating Astro Awani melonjak naik.
Ashwad Ismail dianggap hero dan dikenali ramai.
Berikut merupakan isu hangat semenjak 2 3 minggu ini. Pelayaran sulung Humanitarian Aid to Gaza yang ditawan oleh tentera Israel mengajak seluruh dunia untuk memerhati dan juga bertindak!!! "Buka Mata!" kata mereka.
Beberapa hari selapas 9 aktivis Malaysia yang menyertai rombongan kemanusian ke Gaza tiba di Malaysia, Astro Awani tidak melepaskan peluang memberi liputan terbaik kepada umum termasuk berita terkini, talk show dan sebagainya. Ianya termasuklah talk show in-person bersama wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail juga merupakan salah seorg daripada aktivis kemanusian ke Gaza.
Malangnya tak dapat tengok. Terlepas!
Kali kedua, semalam Ahad 8.15 malam, full report of peristiwa tahanan Mavi Marmara oleh Ashwad Ismail juga terlepas! Namun berpeluang juga menonton siaran ulangannya pada pukul 3.30 pagi di Astro Awani.
Sedikit fakta dan coretan diari Ashwad Ismail yang mengalami sendiri peristiwa hitam itu.
1. Lebih 50 buah negara yang menyertai Bantuan Kemanusian ke Gaza
2. Negara-negara tersebut bukanlah daripada negara Islam semata.
3. Bantuan kemanusian ini disokong penuh oleh EU (European Union)
4. Rombongan Ashwad Ismail menaiki kapal Mavi Marmara milik kerajaan Turki.
5. Aktivis terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan warga tua.
6. Mereka yang terlibat bukan sahaja beragama Islam, malah ada juga yang beragama Kristian, Yahudi dan ada juga rakyat Israel yang menyertai rombongan itu. Ini semua atas satu nama dan bentuk kemanusian oleh seluruh dunia.
Pengalaman Ashwad dan aktivis yanglain diserang dan ditahan oleh tentera Zionis sememangnya sukar dilupakan.
"Pengalaman ditahan selama lebih 28jam dirasai bagaikan 6 dekad konflik Asia Barat antara Palestin dan Israel" - Ashwad Ismail
Kesemua aktivis yang ditahan disiasat dan dipenjarakan. Pengalaman diikat dan dikurung dalam sel selama beberapa jam sememangnya perit dirasakan.
Dunia perlu sedar tentang kekejaman tentera Zionis. Penjenayah terang-terangan ini wajar diheret ke muka pengadilan. Sekutu rapat Israel yakni Amerika Syarikat dan pengkhianat terbesar penduduk Islam serata dunia Mesir harus diberi pengajaran. Sekatan embargo, makanan dan minuman selama 3 tahun oleh Israel terhadap Palestin mendapat sokongan daripada Mesir. Satu email yang saya terima yang mengecam Mesir berkata "Mesir adalah pengkhianat, tak guna hantar anak ke Al-Azhar kalau kerajaannya Zalim menentang agama sendiri, baik hantar anak ke UIA" - heh tersenyum seketika! =D
"Peristiwa ini sememangnya mengangkat Turki sebagai juara kepada Dunia Islam dan juga negara dunia ketiga" - Ashwad Ismail
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Humanitarian Aid ke Gaza mmg aku amik port dr awal. Sebelum mereka berlepas. Secara peribadi aku agak kagum sbb misi kali ini disokong oleh Kesatuan Eropah! Tepat jam 7.30 pagi, aku dpt msg daripada Kak Dira "Kapal Misi ke Gaza diserang dan ditahan oleh Israel". Terus bangun mandi bergegas ke UIA sbb dh lmbt pergi kelas. Balik drpd kelas terus melekat di TV menonton Awani utk mendapatkan berita terkini. Alhamdulillah semua aktivis Malaysia selamat lapor Ashwad kepada bilik berita Awani.
Begitulah serba sedikit catatan seorang wartawan Awani Ashwad Ismail. Walaupun tugasnya adalah untuk mendapatkan berita, namun pengalamannya yang diacu pistol dikepala dan diserang oleh tentera Zionis merupakan pengalaman yang sgt berharga.
Tiba-tiba terdetik dihati ingin menjadi seorg wartawan. Kerja menarik. Cuma kene banyak membaca. Haihh.. Dah la bukan bidang aku yakni Sains Politik. Wajar kah?? heh..
Conversation bersama Ashwad setibanya beliau di Kuala Lumpur
Ikmal: Rasa cam best plak jadi journalist tp course tak related.
Ashwad: Oh.. langgar je. What course are you taking?
Ikmal: Economics in UIA.
Ashwad: Takpe. Orang yang ada background lain daripada MassComm lagi bagus sebenarnya nk jadi journalist. Economics bagus pe. Macam Che Mi (Shuhaimi Sulaiman) ngn Pak Nil (Aznil Hj Nawani) they are from Economics.
Ikmal: Ok. Tengoklah mcm mana. Ada satu lagi sem nk graduate ni. Haha..
Ashwad: =)
++more or less mcm tu lah conversation ngn Ashwad.
Haha. Dah mula minat untuk buat research pasal konflik Asia Barat. Tapi aku ni pemalas nk membaca. Lagi pun byk bende nk cover utk next sem. Benda2 tu sume x relate ngn course aku. Next sem all subjects pasal Islamic Economics, Islamic Banking and Finance etc. Biasa nk dpt update and fact pasal konflik Asia Barat ni pun daripadan An sbb die tgh duk amik course Sains Politik, tak pun tanya Kak Dira sbb die byk wat research. Heh.
"I'm a journalist, I can be anywhere I want..." - Ashwad Ismail bekas tahanan penjara Beersheba Israel
p.s: BlackBerry pun tentera Israel nak rampas ke???