Interschool Debating Championship (IDC)
Pertandingan Debat Sekolah Sekolah Malaysia 2011 telah melabuhkan tirainya pada hari ini 20th July 2011. Secara jujur banyak pengalaman yang dapat ditimba sepanjang penganjuran IDC selama ini bermula tahun 2002 sehingga 2011 daripada pelbagai perspektif, sama ada sebagai seorang pendebat, komiti dan juga sebagai hakim kejohanan. Nyata IDC adalah merupakan program saban tahun yang paling banyak meninggalkan kesan kepada semua yang menyertainya. Saya dibesarkan dengan IDC. Daripada zaman sekolah, universiti dan kini sudah berada dialam pekerjaan, IDC dan debat khususnya tetap berada dihati.
10th IDC 2011
Tidak banyak beza dari tahun sebelum-sebelumnya. Cuma dari segi kehadiran exes dan alumni2 debat UIAM kurang sedikit. Masing dah bekerja. Tapi tetap meriah!!
IDC kali ini kita dapat lihat kualiti debat pelajar-pelajar sekolah meningkat. IDC is the only competition yang mendedahkan pelajar sekolah cara berdebat peringkat Universiti. Nyata pengalaman yang ditimba di UIA tidak disia-siakan oleh para pendebat muda.
Pusingan Akhir - Hanya Yang Terbaik
Pentas akhir menyaksikan dua sekolah berentap untuk merampas Piala Tun Sri Lanang yang menjadi piala kebanggaan IDC. Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) menentang Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK).
Mutu perdebatan dipentas akhir sangat membanggakan. Kemenangan berpihak kepada SDAR selaku pihak pembangkang dengan juri 7-2. Dan pendebat terbaik pusingan akhir adalah juga daripada SDAR saudara Muhamad Luqman Sufyan bin Junaidi. SMAPK hanya berpuas hati sebagai Naib Juara.
Keseluruhan
Objektif pengajuran IDC 2011 tercapai. Walaupun tidak aktif menyertai secara langsung dari awal sehingga tamat perlawanan, namun saya tetap berpuasa hati. Malu nk cakap, tapi sebenarnya jauh disudut hati, Debat adalah duniaku. Jatuh bangun bersama debat, malas rajin terhadap dunia debat, putus asa terasa hati semua sebab debat, tapi akhirnya Debat tetap dihati.
Tahniah SDAR!
Goodbye 10th IDC 2011!
InsyaAllah will see you next year!
Result Credited to Mazru. Click
here
Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM click
here